ENJIN sensitif dengan air.
ENJIN sensitif dengan air.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Saya basuh enjin kereta kerana tidak tahan melihat kekotoran yang melekat pada kawasan itu. Bagaimanapun, selepas membasuh ruang berkenaan, enjin kereta sangat sukar untuk dihidupkan.

Adakah membasuh enjin itu menjadi punca utama ia sukar dihidupkan?

ROHANI,

Kuala Lumpur

Mencuci enjin dengan menggunakan air yang banyak tidak digalakkan kerana ia bukannya jentera kalis air. Sekiranya kereta anda adalah enjin yang menggunakan petrol, ia sangat sensitif terhadap air.

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya litar pintas kepada sistem nyalaan terutama pada litar voltan tinggi

seperti kabel palam pencucuh dan penutup peng­agihan.

Mengandaikan anda tidak mempunyai penyembur angin berkuasa tinggi di rumah, maka perlulah mencabut kabel dan wayar sistem nyalaan.

Jika mendapati tiada percikan yang dihasilkan pada hujung palam pencucuh. Air juga mungkin sudah memasuki ke dalam sistem karburetor dan perlu dikeluarkan.

Semua cadangan itu adalah dengan mengandaikan bahawa motor penghidup masih berfungsi dan mampu memutarkan enjin.

Jika motor penghidup juga gagal berfungsi, lebih mudah untuk mencuci dan menyelesaikan masalah komponen itu sebelum mengusik bahagian enjin yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:01 AM