London: Ratu Elizabeth II bakal menjadi kerabat diraja Britain paling lama berada di atas takhta negara itu esok, mengatasi tempoh masa pemerintahan moyangnya, Ratu Victoria.
— 21 April 21 1926: Dilahir dan diberi nama Puteri Elizabeth Alexandra Mary di Mayfair, London. (Anak pertama Raja George VI dan Ratu Elizabeth).
— 20 November 1947: Berkahwin dengan Putera Philip Mountbatten (keturunan Greece dan Denmark).
— 14 November 1948: Melahirkan Putera Charles (kini Putera Wales - pewaris takhta).
— 15 Ogos 1950: Melahirkan anak kedua, Puteri Anne.
— 2 Jun 1953: Ditabalkan sebagai Ratu II ketika berusia 25 tahun.
— 19 Februari 1960: Melahirkan anak ketiga, Putera Andrew.
— 10 Mac 1964: Melahirkan anak keempat, Putera Edward.
— 1977: Meraikan Jubli Perak pemerintahannya yang ke-25 tahun.
— 2002: Elizabeth meraikan Jubli Emas pemerintahannya yang ke-50 tahun. Juga tahun kematian ibu dan kakaknya, Margaret.
— Disember 2007: Elizabeth menjadi kerabat diraja Britain paling lama hidup, mengatasi Ratu Victoria yang meninggal dunia pada usia 81 tahun.
— 2012: Meraikan Jubli Intan pemerintahannya ke-60 tahun. - AP