GULUNGAN kecil kertas yang dijual sebagai beras.
GULUNGAN kecil kertas yang dijual sebagai beras.
Agensi

Guangdong: Beras palsu yang dibuat daripada kertas yang digulung dalam bentuk kecil ditemui di wilayah Guangdong minggu lalu selepas seorang wanita menyedari nasinya lebih sukar dikunyah berbanding biasa.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Cai memberitahu wartawan, dia dan keluarganya menyedarinya selepas memakan separuh daripada hidangan tengah hari mereka apabila mengunyah seketul nasi yang keras luar biasa.

Menurut laporan Apple Daily, Cai kemudian mengeluarkan ketulan nasi itu dan menelitinya dengan rapi.

Dia terkejut apabila mendapati nasi itu hanyalah gulungan kecil kertas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 7:26 AM