Guangdong: Seorang kanak-kanak perempuan melecur teruk selepas bapanya menggunakan petrol untuk mencuci luka pada kakinya menyebabkan dia terbakar.

Kejadian bermula dengan kanak-kanak itu bersiap untuk mandi apabila dia tersimbah air panas pada kakinya.

Seorang jiran meyakinkan ibu bapa mangsa supaya menggunakan petrol yang didakwanya baik untuk merawat kesan melecur.

Si bapa kemudian mengambil sedikit bahan bakar itu dari motosikalnya sementara si ibu menyapunya pada kaki anak mereka.

Haba dari dapur berhampiran memercikkan api dan kebakaran yang berlaku membakar hampir separuh tubuh kanak-kanak itu.

Tindakan cepat bapanya berjaya menyelamatkan mangsa daripada rentung. Si ibu juga melecur pada bahagian betis.

Doktor berkata, kanak-kanak itu memerlukan masa sehingga lima bulan sebelum dapat berjalan semula. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:05 AM