RAKAN tujuh murid SK Pos Tohoi yang hilang ditemu bual anggota keselamatan, semalam.
RAKAN tujuh murid SK Pos Tohoi yang hilang ditemu bual anggota keselamatan, semalam.
Oleh Ramli Ibrahim

Gua Musang: Pasukan keselamatan belum menemui jejak tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi, di sini, yang dipercayai hilang di kawasan hutan Pos Tohoi meskipun operasi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari kelima, semalam.

Seramai 110 anggota pelbagai agensi terbabit dalam operasi itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selain Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka dibantu penduduk Kampung Pos Tohoi dan ibu bapa tujuh murid berkenaan sejak hari pertama pencarian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika ini operasi pencarian diperluaskan ke sektor lain hutan berkenaan selain 10 kawasan kampung berdekatan.

“Pencarian juga tertumpu pada kebun yang tidak jauh dari lokasi mereka hilang. Tindakan diambil berdasarkan maklumat diperoleh pelbagai pihak termasuk rakan murid berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 5:21 AM