Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Gua Musang: “Petunjuk ini nafas baru kepada operasi mencari dan menyelamat yang sudah memasuki hari ke-8 (semalam),” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah.

Beliau berkata demikian mengulas penemuan stoking sekolah dipercayai milik seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu di Hutan Pos Tohoi, di sini.

Stoking berkenaan ditemui pasukan mencari dan menyelamat, semalam, dipercayai masih baru walaupun kotor dan koyak.

Menurutnya, ia ditemui jam 11.30 pagi di kawasan hutan yang jaraknya sejam berjalan kaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi.

“Kita tidak dapat anggarkan jarak sebenar (dalam kilometer) kerana keadaan muka bumi yang berbukit, namun jika berjalan kaki, jaraknya memakan masa sejam dari sekolah.

“Petunjuk ini beri satu harapan baru kepada pasukan mencari, menandakan kami di ‘track’ sebenar menjejaki mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 9:37 AM