KHALID menyertai pameran di Muzium Swatch, Switzerland, baru-baru ini.
KHALID menyertai pameran di Muzium Swatch, Switzerland, baru-baru ini.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Menjadikan beberapa artis seperti Pabl­o Picasso, Jackson Pollock, Claude Monet dan Vincent van Gogh sebagai idola kejayaannya, pelukis abstrak tanah air, Khalid Rejab kembali menerusi solo pertamanya menerusi Emosi.

Khalid bukan asing dalam seni halus kerana beliau dikenali menerusi pameran seni pertamanya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun, Terengganu pada 1981.

Khalid lebih menumpukan kepada permainan warna, garisan, ruang dan susunan bagi melahirkan perasaan beliau mengenai seni abstrak.

“Apa saja perkara di alam ini memiliki tarikan emosi, justeru saya cuba meluahkannya kepada penonton menerusi karya-karya abstrak.

“Meliputi 32 karya, pameran Emosi adalah luahan spontan merangkumi kombinasi perasaan sedih, cinta, pilu, takut, marah dan sebagainya.

“Ia adalah karya bebas yang tidak menentukan formaliti atau gaya konvensional yang perlu dituruti,” katanya.

Pameran ini berlangsung di Lobi Utama NSTP, Balai Berita, Bangsar sehingga minggu hadapan. Masuk adalah percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 3:00 PM