ARCA Ambiguity I karya Dr Rosli.
ARCA Ambiguity I karya Dr Rosli.
JOHAN mengenai alam sekitar dalam Cerita Pokok Tua I.
JOHAN mengenai alam sekitar dalam Cerita Pokok Tua I.
PASSION of Color - Garden 2 oleh Azman.
PASSION of Color - Garden 2 oleh Azman.
NOR Hanem menerusi Gerak Figura Alam.
NOR Hanem menerusi Gerak Figura Alam.
Siti Salmiah A Hamid


Bertemakan ‘Ambiguity,’ Galeri Prima membuka tirai tahun 2017 menerusi penampilan 11 artis tanah air yang berbeza latar belakang dan pengalaman dalam bidang ini.

Perkataan ‘ambiguity’ jika ditakrifkan merujuk kepada kekaburan yang diambil daripada perkataan kabur atau samar. Kekaburan kebiasaannya merujuk kepada keadaan ruang yang positif dan negatif. Ia adalah hasil daripada dua bentuk bertindih hingga menghasilkan satu ruang samar antara negatif dan positif itu.

Namun, pameran ini lebih menjurus kepada hasil karya mempunyai pelbagai makna yang hanya boleh diinterpretasi menerusi pandangan penonton itu sendiri.

Ambiguity menampilkan karya seni berbentuk ukiran, seni cetak dan lukisan bertemakan realisme, semi-abstrak dan abstrak.

Barisan pengkarya terdiri daripada Anassuwandi Ahmad, Azman Hilmi, Hamdan Shaarani, Mohd Jamil Mat Isa, Johan Marjonid, Nor Hanem Mohd Noor, Dr Rosli Zakaria, Zaharin Mohammad, Zaim Durulaman, Zainon Abdullah dan Zarina Abdullah.

Karya Anassuwandi Ahmad dan Nor Hanem menggunakan media campuran di atas kanvas bagi menghasilkan pelbagai warna.

Berbeza dengan Johan Marjonid karyanya tertumpu kepada alam sekitar yang memberi tumpuan kepada pokok yang dibiaskan menerusi warna alam.

Sementara, Dr Rosli Zakaria pula lebih gemar menampilkan arca logam bagi menzahirkan makna Ambiguity itu sendiri.

Pameran yang sudah pun bermula bakal dirasmikan 24 Januari ini pada 8 malam. Semua penggiat seni dijemput hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.

INFO

AMBIGUITY

• ARTIS: Berkumpulan

• JUMLAH KARYA: 86

• LOKASI: Galeri Prima, Balai Berita 31, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur

• TARIKH: 16 Januari hingga 24 Februari 2017

• MASA: 10 pagi hingga 6 petang

• TELEFON: 03 2724 8300, 013 4490344 atau 012 3222081

• FB: galeri.prima

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 2:55 PM