AINUL bantu Azrel jiwai watak suami dalam drama.
AINUL bantu Azrel jiwai watak suami dalam drama.
Oleh Ramlah Zainal


Julung kali dipertemukan di kaca TV bukan halangan untuk mereka mendapat keserasian dalam drama bersiri 26 episod, Fajar Di Bukhara yang bersiaran di RTM sejak awal Ramadan lalu.

Rata-rata yang menonton menyukai gandingan mantap Ainul Aishah, 29, dan pendatang baru, Azrel Ismail, 30, yang melakonkan watak pasangan suami isteri dalam drama berkenaan.

Malah, pemilik nama sebenar Ainul Aishah Azizun juga mengakui hubungan akrab mereka terbawa-bawa hinggalah ke luar lokasi penggambaran.

Keakraban mereka menyebabkan timbul gosip yang mendakwa ‘pasangan teman tapi mesra’ ini khabarnya hangat bercinta.

Namun, baik Ainul mahupun Azrel belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut sejauh mana hubungan mereka kerana ingin fokus pada karier seni masing-masing terlebih dulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 7:24 AM