DR RAJA JUANITA (empat dari kiri) bersama ahli panel lain dalam program Nurture Nature 2015 anjuran Dutch Lady.
DR RAJA JUANITA (empat dari kiri) bersama ahli panel lain dalam program Nurture Nature 2015 anjuran Dutch Lady.
PEMAKANAN penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
PEMAKANAN penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Pencapaian kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke peringkat yang lain bergantung kepada usia mereka.

Usia setahun sehingga empat tahun adalah waktu kritikal kanak-kanak menunjukkan perkembangan mental dan emosi mereka dengan cepat dan pantas. Sebagai contoh, pada usia satu hingga dua tahun, mereka mula berjalan dan pandai bercakap sepatah dua perkataan. Kanak-kanak pada usia ini juga akan mula menunjukkan kepada sesuatu benda dan menyebutnya.

Pada usia dua hingga empat tahun pula mereka mula meningkatkan perkembangan bahasa dan bercakap dalam ayat yang pendek.

Ini sebabnya pencapaian ini menjadi pengukur kepada ibu bapa untuk mengawasi pembesaran sihat anak mereka. Sekiranya kanak-kanak belum mencapai tahap perkembangan ini pada usia tertentu, ibu bapa perlu peka dan mendapatkan penilaian asas daripada pakar secepat mungkin.

Menurut Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady Loo Mei Fong, setiap peringkat perkembangan kanak-kanak disertai pencapaian kognitif dan pembesaran.

Bagaimanapun, ibu bapa bertanggungjawab mengawasi pencapaian ini bagi memastikan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan gembira.

Sempena pelancaran susu tepung baru dengan formulasi yang dipertingkatkan untuk kanak-kanak, satu program Nurture Nature 2015 diadakan dengan kerjasama Dutch Lady Malaysia dan WQ Park Health & Rehabilitation Centre bagi memberikan panduan berguna kepada ibu bapa kaedah memantau perkembangan mental anak-anak sekali gus membantu kelewatan perkembangan kanak-kanak disebabkan lambat dikesan.

Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA, rangkaian susu tepung rumusan untuk kanak-kanak menyediakan pemakanan yang disesuaikan mengikut empat tahap perkemba­ngan mental utama kanak-kanak, menggesa ibu bapa Malaysia untuk menghargai dan meraikan setiap pencapaian penting yang dicapai anak-anak mereka pada tahap perkembangan yang berbeza.

Loo berkata, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA baharu kini membolehkan ibu bapa menyokong perkembangan mental anak-anak secara berperingkat melalui empat varian berbeza mengikut pencapaian anak-anak.

Secara keseluruhannya, setiap pelan pemakanan untuk setiap pencapaian menyentuh mengenai kekurangan dan jurang seperti yang dinyatakan Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) terutama vitamin D serta keperluan pemakanan menurut pengambilan pemakanan yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Nurture Nature 2015 bertujuan menyampaikan pesanan kepada ibu bapa dan pendidik yang kanak-kanak memerlukan pendidikan istimewa berkenaan langkah untuk menggalakkan dan mengurus ting­kah laku mereka.

“Beberapa bengkel disusun sepanjang hari untuk memberi pengetahuan dan strategi berguna untuk ibu bapa dan pendidik yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang kehidupan seharian apabila melayani anak-anak.

“Antara topik utama termasuk Panduan Keibubapaan Untuk Perkembangan Kanak-Kanak dan Strategi Memperkenalkan Bahasa dan Komunikasi,” katanya.

Pada sesi ceramah, pakar perunding pediatrik pembesaran Dr Raja Juanita Raja Lope berkongsi mengenai kepentingan pemakanan dalam pembesaran kanak-kanak.

“Apabila kanak-kanak mencecah umur setahun, ibu bapa perlu mula memberikan mereka dengan diet yang bersifat lebih dewasa. Ia harus terdiri dari­pada tiga hidangan seimbang dalam sehari dan hidangan yang sihat seperti buah-buahan, dadih dan 500ml susu.

“Susu sudah tentu salah satu minuman terbaik untuk kanak-kanak kerana kandungannya kaya kalsium, tetapi ibu bapa perlu berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak minum susu terlalu banyak di antara waktu makan. Sebenarnya, mereka sepatutnya memberikan anak mereka susu semasa atau selepas makan,” katanya.

Tambahnya, perkara paling penting adalah menggalakkan tabiat pemakanan yang baik dengan sentiasa memperkenalkan jenis makanan sihat yang baru. Kanak-kanak yang sihat adalah kanak-kanak yang mendapat vitamin dan nutrien mencukupi semasa mereka membesar.

Apabila mereka mendapat nutrien penting daripada diet seimbang, mereka mampu membesar dan berkembang dengan normal.

Dr Raja Juanita seterusnya berkata, satu daripada nutrien penting yang diperlukan untuk pembangunan mental adalah zat besi. Banyak kajian menunjukkan kekurangan zat besi menandakan kekurangan nutrien terbesar di seluruh dunia dan ini memberi kesan terhadap perkembangan kognitif.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 11:12 AM