Anda mungkin sudah mengenali ruangan IT@Metro ini dalam versi cetak jadi tidak salahnya mencuba versi lebih canggih, Tech Kingdom yang juga majalah digital atau e-mag diterbitkan sekali dalam sebulan (setakat ini).

Tech Kingdom menampilkan kelainan dengan kupasan teknologi lebih mendalam dan banyak tips yang anda boleh pelajari.

Hanya pindah turunnya secara percuma di setor aplikasi Android atau iOS yang menampilkan segmen baru.

Aplikasi e-mag ini juga lebih interaktif apabila ia turut disertakan dengan video dan banyak foto serta ilustrasi digital yang mengancam.

Kupasan teknologi juga dikemas kini meskipun ia diterbitkan sekali dalam sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:05 AM