KELIHATAN beberapa pelajar bergaduh di tengah Bandar Sandakan.
KELIHATAN beberapa pelajar bergaduh di tengah Bandar Sandakan.
Oleh Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Pergaduhan dua kumpulan dipercayai pelajar sekolah sehingga ke jalan raya mencetuskan panik orang ramai dalam kejadian di tengah bandar ini berhampiran terminal bas, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, lebih 50 pelajar terbabit dalam pergaduhan itu yang berlaku kira-kira jam 2 petang sebelum gambar pergaduhan terbabit menjadi ‘viral’ di laman sosial.

Susulan kejadian itu juga, beberapa orang awam yang ingin menaiki bas turut beredar dari kawasan berkenaan kerana bimbang mereka akan turut dicederakan.

Seorang saksi, Aminah Haris, 40, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang cucu perempuan ingin menaiki bas berhampiran lokasi terbabit.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila aksi tendang-menendang tiba-tiba dilakukan beberapa pelajar bersebelahan bas yang ingin dinaikinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 7:44 AM