MOHD Hamizi ketika sidang media hari ini. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
MOHD Hamizi ketika sidang media hari ini. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Kertas siasatan membabitkan kes pergaduhan pelajar sebuah sekolah menengah di bandar ini yang tular pada 22 Mei lalu, sudah disiapkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, susulan itu pihaknya menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa semua suspek ke mahkamah.

Menurutnya, dalam kes itu, seramai 17 suspek membabitkan remaja berusia 14 hingga 18 tahun bakal didakwa.

"Mengenai kes itu, kejadian dipercayai bermula dengan gurauan sehingga tercetus pergaduhan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, selepas video pergaduhan pelajar sekolah menengah itu tular, polis mengesan 22 individu termasuk 21 pelajar disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan dengan 17 daripada mereka bakal didakwa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 5:45 PM