ANTARA pengunjung yang hadir menyaksikan Konsert YEOS Metro Patriot Akim and The Majistret. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
ANTARA pengunjung yang hadir menyaksikan Konsert YEOS Metro Patriot Akim and The Majistret. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Oleh Michelle Gun


Shah Alam: Lebih 2,000 penonton hadir di perkarangan Stadium Shah Alam untuk menyaksikan konsert Patriot Yeo's I Love Malaysia yang menampilkan kumpulan Akim & The Majistret, di sini, malam tadi.

Konsert bermula 8.45 malam itu turut menyaksikan persembahan artis jemputan iaitu kumpulan Precious dan Alinda.

Akim & The Majistret menghiburkan penonton dengan lagu Patriot, Terlalu Mudah, Obses, Potret dan diakhiri dengan hit lagu Mewangi.

Lagu penutup menyaksikan semua penyanyi bergabung menyampaikan lagu patriotik berjudul Tanggal 31.

Selesai acara, peminat yang membeli album Patriot turut berpeluang mengambil autograf dan gambar kenangan bersama anggota Akim & The Majistret.

Acara bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 diserikan dengan penyampai radio Hot FM, AG serta Aaron Pereira selaku pengacara.

Selain persembahan artis, konsert dihangatkan lagi dengan cabutan bertuah televisyen 50 inci, telefon pintar Samsung dan album Patriot Akim & The Majistret.

Konsert jelajah anjuran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo's) dan Harian Metro itu akan ke lokasi seterusnya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu 5 September depan, Dataran Daesoka, Gaya Street, Kota Kinabalu (12 September), Padang Merdeka, Kuching (15 September) dan Pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (19 September).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 8:36 AM