KUMPULAN Akim & The Majistret  membuat persembahan  dalam Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia di Shah Alam Ahad ini.
KUMPULAN Akim & The Majistret membuat persembahan dalam Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia di Shah Alam Ahad ini.
Oleh Michelle Gun

Kuala Lumpur: Penonton Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia menampilkan Akim & The Majistret di pekarangan Stadium Shah Alam, Ahad ini berpeluang memenangi hadiah lumayan televisyen 50 inci dan telefon pintar menerusi cabutan bertuah.

Bagi menyertai cabutan bertuah berkenaan, penonton dikehendaki membeli barangan Yeo’s di lokasi konsert dengan harga RM5 ke atas.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah album terbaru Akim & The Majistret berjudul Patriot.

Konsert percuma bermula jam 8 malam itu menampilkan kumpulan Precious dan Alinda.

Penonton boleh menebus enam pek Yeo’s Yeogurt TB250 mililiter dengan menukarkan dua kepala akhbar Harian Metro atau Metro Ahad.

Konsert jelajah anjuran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) dengan kerjasama Harian Metro diteruskan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 5 September depan, Dataran Daesoka, Gaya Street, Kota Kinabalu (12 September), Padang Merdeka, Kuching (15 September) dan pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (19 September).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 8:32 AM