SELEKOH di Kilometer 7 Jalan Klang-Teluk Intan masih boleh ditemui serpihan kesan kemalangan kerana sering berlaku nahas di lokasi berkenaan.
SELEKOH di Kilometer 7 Jalan Klang-Teluk Intan masih boleh ditemui serpihan kesan kemalangan kerana sering berlaku nahas di lokasi berkenaan.
Oleh Suzaini Sulaiman

Kuala Selangor: Beberapa kawasan di sepanjang Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, boleh dianggap ‘lokasi panas’ kerana sering berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan.

Laluan berkenaan membabitkan laluan Kampung Sungai Terap ke Kampung Sungai Tunggul yang terletak di Kilometer (KM) 48 hingga KM60 Jalan Klang-Teluk Intan dan Jalan Raja Abdullah hingga ke Pekan Kampung Sungai Buloh (KM35 hingga KM39 Jalan Klang-Teluk Intan).

Dua lagi lokasi adalah dari Kampung Bukit Rotan ke susur Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) antara KM7 hingga KM30 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur dan Simpang Kampung Batu Arang hingga ke Ladang Tuan Mee (KM24 hingga KM72 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur).

Bagi pengguna jalan raya, Basri Samad, 43, kemalangan di laluan berkenaan sememangnya sering berlaku dan lebih membimbangkan ia mengakibatkan kematian.

Menurutnya, pengguna jalan raya dilihat sering memandu laju sehingga menyebabkan kenderaan mereka terbabas ke bahu jalan mahu pun memasuki laluan bertentangan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2015 @ 5:12 AM