Istanbul: Tentera Turki mula membina tembok konkrit di sempadan Syria susulan beberapa serangan, kata media kerajaan semalam.

Pasukan Bersenjata Turki (TSK) membina tembok setinggi tiga meter itu di daerah Reyhanli, wilayah Hatay, berhampiran di sempadan Syria berhampiran pekan Atmeh, lapor Anatolia.

Tentera turut menggali parit di belakang tembok berkenaan sepanjang lapan kilometer.

Serangan bom pada 20 Julai lalu di selatan Turki mengakibatkan 33 terbunuh seterusnya menamatkan kedamaian antara Ankara dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Turki mendakwa serangan itu dilakukan IS dan melancarkan serangan dengan mengebom militan di Syria selain pemberontak PKK di utara Iraq serta tenggara Turki.

Setakat ini operasi banyak menyasarkan pemberontak Kurdis yang bertindak balas dengan menamatkan gencatan senjata yang dipersetujui sejak 2013 seterusnya melancarkan beberapa serangan terhadap pasukan keselamatan.

Hatay menempatkan 1.8 juta pelarian Syria yang melarikan diri ke Turki bagi menyelamatkan diri daripada keganasan di tempat asal. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 5:09 AM