ORANG ramai terperangkap berikutan beberapa pokok tumbang di Kampung Pinang Lirai ketika hujan lebat beserta angin kencang. FOTO Ramdzan Masiam
ORANG ramai terperangkap berikutan beberapa pokok tumbang di Kampung Pinang Lirai ketika hujan lebat beserta angin kencang. FOTO Ramdzan Masiam
ABDUL Halim Awang, 32 menyelamatkan kucing perliharan yang terkerangkap ketika banjir kilat melanda Kampung Pinang Lirai. FOTO Ramdzan Masiam
ABDUL Halim Awang, 32 menyelamatkan kucing perliharan yang terkerangkap ketika banjir kilat melanda Kampung Pinang Lirai. FOTO Ramdzan Masiam
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Lebih 20 penghuni rumah di empat kampung, di sini terjejas akibat banjir kilat pagi tadi.

Hujan lebat sejak 5 pagi yang berlarutan hampir tiga jam membuatkan air naik hingga paras lutut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kampung yang dinaiki air itu adalah Kampung Genting, Pulau Betong, Kampung Terang dan Kampung Sungai Burung.

"Bagaimanapun tiada penduduk yang dipindahkan buat sementara ini.

"Kita juga menerima laporan pokok tumbang di jalan Kampung Pinang Lirai namun keadaan terkawal dan tiada sebarang kecederaan kepada penduduk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 12:32 PM