Keadaan jalan yang retak di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang. FOTO ihsan bomba
Keadaan jalan yang retak di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang. FOTO ihsan bomba
 Hadzlihady Hassan

 

[email protected]

 

 

Balik Pulau:Hujan selama empat jam menyebabkan berlakunya keretakan jalan sepanjang 15 meter dan pokok tumbang di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang, di sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azman Hussin berkata,pihaknya menerima panggilan jam 4.22 pagi tadi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Menurutnya, setakat ini, laluan berkenaan sudah ditutup buat sementara waktu daripada digunakan orang ramai.

"Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Hujan yang bermula jam 12 tengah malam itu turut menyebabkan beberapa kawasan di Balik Pulau dilanda banjir kilat.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 9:06 AM