IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Lelaki yang dikhuatiri lemas memancing di Pulau Betong, di sini, ditemui selamat, 12.15 tengah hari ini.

Aiman Mansur, 19, ditemui terdampar atas batu di Pantai Pasir Panjang oleh nelayan kira-kira satu kilometer dari tempat dia terjatuh.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba Seri Balik Pulau, Penolong Pegawai Bomba, Mohd Hasni Sabran, berkata pihak berkuasa mula mencari selepas menerima panggilan 12.49 tengah malam tadi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan bersama anggota Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Menurutnya, operasi dibahagikan kepada beberapa kawasan pencarian di sekitar kawasan persisir pantai.

"Dia ditemui selamat dan lemah sebelum dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada kira-kira 1 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 1:56 PM