KEMALANGAN membabitkan lapan buah kenderaan termasuk sebuah motosikal di Jalan Bukit Genting, Balik Pulau. FOTO Ramdzan Masiam
KEMALANGAN membabitkan lapan buah kenderaan termasuk sebuah motosikal di Jalan Bukit Genting, Balik Pulau. FOTO Ramdzan Masiam
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Jalan Bukit Genting, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Razali Osman, 67, dalam perjalanan pulang dari hospital selepas menghantar isterinya menjalani pemeriksaan kesihatan.

Isterinya yang membonceng motosikal kini berada di Hospital Balik Pulau untuk rawatan kerana cedera.

Ketua Trafik Daerah Barat Daya Asisten Superintendan Mohd Zin Mat Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori muatan simen dari Bayan Lepas menuju ke Balik Pulau.

"Bagaimanapun pemandu lori terbabit hilang kawalan dan merempuh lima kereta dan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 3:13 PM