Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Naoki Yokomizo dari Direction Racing mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjulang trofi KL City GT dalam perlumbaan sulung Grand Prix KL City.

Pelumba dari Jepun itu melintasi garisan menamat dengan catatan masa 40 minit 13.778 saat.

Tempat kedua diraih pelumba tempatan Fairuz Fauzy (OD Racing) yang mencatat masa 40:49.879s dan tempat ketiga diraih Frank Yu (Craft Bamboo) hasil catatan masa 41:13.790s.

Yokomizo juga muncul juara untuk kategori GTM/GT4, manakala Frank Yu dinobatkan pemenang tempat pertama kategori GT3.

Hanya dua pelumba saja beraksi dalam kategori GT3 apabila seorang lagi pelumba tempatan, Andrian D'Silva (Nexus Infinity) di tempat kedua 41:26.307s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 6:44 PM