Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Meskipun Malaysia mempunyai jumlah ‘ahli rombongan’ besar di Kejohanan Dunia kali ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengaku masih meletakkan harapan kepada barisan pemain senior untuk menghadirkan satu-satu kejayaan.

Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai tanpa berselindung berkata, pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) masih menjadi prospek utama mereka untuk memenangi Kejohanan Dunia.

Selain itu, gandingan beregu utama Tan Wee Kiong-Goh V Shem, beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei serta Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho antara yang diharapkan badan induk itu untuk menyerlah pada saingan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula Isnin ini.

“Walaupun kita mempunyai pasukan besar, hampir kebanyakannya dari beregu wanita serta campuran.

“Kebanyakan pasangan ini pemain muda. Saya harap mereka dapat mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman bagi menghadapi saingan besar seperti Sukan Olimpik tahun depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:33 AM