Keadaan bas yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Keadaan bas yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Rohaida Omar

Kuala Krai: Seramai 45 penumpang bas ekspres dua tingkat cedera dengan empat daripadanya parah selepas bas dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang besar di KM67.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Guchil, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 5 pagi dan semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK), di sini.

Difahamkan, bas berkenaan dipandu lelaki berusia 51 tahun dan dalam perjalanan ke Jerteh, Terengganu dari Kuala Lumpur

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, semua mangsa diberi rawatan kecemasan dan kini dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 11:02 AM