Arizona: Seorang banduan di sini dimasukkan ke hospital selepas cedera kerana mencungkil biji matanya.

Syerif di Pinal County berkata, Colin Corkhill ditahan minggu lalu atas tuduhan cubaan membunuh, mencuri kereta, menyerang dan melawan ketika ditangkap.

Lelaki berusia 26 tahun itu mulanya dikurung bersama banduan lain.

Bagaimanapun, apabila pegawai melihat Corkhill menumbuk mukanya sendiri, dia dipindahkan ke sel lain dan diletakkan di bawah pengawasan kesihatan mental.

Pegawai yang membuat pemeriksaan rutin semalam menemui kesan darah pada tingkap bilik kurungan Corkhill sebelum menyedari dia mencungkil biji matanya.

Menurut laporan, doktor gagal menyelamatkan mata lelaki itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 9:17 AM