EDRY Abdul Halim. FOTOfail NSTP Rohanis Shukri
EDRY Abdul Halim. FOTOfail NSTP Rohanis Shukri
Oleh Michelle Gun


Petaling Jaya: Komposer dan anggota KRU serta Mojo, Edry Abdul Halim dilantik sebagai pengetua musim terbaru Akademi Fantasia 2015 (AF2015).

Masih mengekalkan format asal, program realiti itu turut menyaksikan gabungan tenaga pengajar berpengalaman seperti Acis sebagai pengarah muzik, Shahrol (vokal), Fatimah Abu Bakar (motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (tarian dan kareografi), Fauziah Nawi (seni persembahan) dan Que Haidar (pementasan).

Musim kali ini menampilkan seramai 16 peserta dari Negeri Sembilan, Selangor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Johor, Pahang dan Singapura.

Program pengenalan AF2015 akan ke udara sebanyak dua episod pada 1 dan 2 Ogos ini, 9 malam di Astro Ria.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 7:04 PM