SUSPEK yang ditahan pengawal keselamatan pasar raya semalam.
SUSPEK yang ditahan pengawal keselamatan pasar raya semalam.
Oleh Syazwan Msar

Kuantan: Taktik seorang lelaki membeli produk murah dan mencuri barangan mahal hanya mampu bertahan tiga bulan apabila perbuatan itu dikesan sebelum dicekup pengawal keselamatan pasar raya di bandar ini, kelmarin.

Kejadian jam 11.45 pagi itu disedari pengawal keselamatan berusia 40 tahun yang curiga dengan tindakan suspek yang secara tiba-tiba membawa lari lampin pakai buang tanpa membuat pembayaran.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, curiga dengan tindakan lelaki berusia 31 tahun itu, pengawal keselamatan berkenaan menahannya dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Berdasarkan maklumat daripada pengawal keselamatan, lelaki terbabit selamba keluar dari pasar raya berkenaan dengan membawa lampin pakai buang tanpa membuat sebarang pembayaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 5:41 AM