Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Aktivis yang dikenali sebagai Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom ditahan di Balai Polis Dang Wangi 11.30 pagi tadi mengikut Akta Hasutan atas kesalahan memberi ucapan berbaur hasutan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 43 tahun itu dikesan memberi ucapan berbaur hasutan dan boleh mendatangkan ketegangan antara kaum yang dimuat naik di laman sosial.

"Pihak kami akan memohon perintah reman esok pada jam 11 pagi bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Pengecaman bagi mengesan kumpulan atau individu yang dipercayai terbabit sudah dimulakan sejak semalam,"katanya.

Video terbabit mula dimuat naik dan tersebar di laman sosial sejak 12 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:02 PM