Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan polis berhubung satu kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan melalui akaun Twitter miliknya pada 4 Februari lalu.

Suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Jalan Raja Laut, 9.10 malam tadi.

Penahanan suspek dilakukan berikutan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Agong Pemuda MCA Leong Kim Soon, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan lelaki terbabit ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) C Akta Hasutan 1948.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 11:31 PM