Muhammad Hanis Zakwan maut dalam kemalangan pagi tadi. FOTO Bernama
Muhammad Hanis Zakwan maut dalam kemalangan pagi tadi. FOTO Bernama

Seremban: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di KM262.1 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran plaza tol Seremban 2.50 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Hanis Zakwan Che Jamal, 16, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian badan.

Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai bergesel dengan salah sebuah motosikal rakannya ketika dalam perjalanan dari Seremban ke Senawang.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Asisten Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat. Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 1:10 PM