KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
KOLEKSI terbaru daripada Ghaania.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Setiap rekaan dalam koleksi Ghaania dihasilkan bagi menampakkan ciri anggun, lemah lembut dan berkeyakinan tinggi kepada pemakainya. Ghaania yang membawa maksud cantik secara semula jadi, menawarkan kualiti kepada wanita untuk tampil feminin dan bergaya.

Diilhamkan daripada kepercayaan bahawa setiap wanita mahu kelihatan hebat, Ghaania menawarkan koleksi ceria, berwarna terang dan menggunakan fabrik berkualiti yang kelihatan mewah serta menawan.

Penggunaan warna terang dan menonjol, digabungkan dengan kain bercorak menyerlahkan koleksi berkenaan dan membuatkannya berbeza berbanding kebanyakan gaya terkini yang ada di pasaran.

Kain labuh warna emas berkilat, kot labuh, blaus polka dot, gaun labuh, baju ala kurung kedah dan gaun dengan corak berjalur, sememangnya mampu menonjolkan penampilan seseorang.

Material yang dipilih termasuk perincian seperti penggunaan manik dan batu pada pakaian, membuatkan koleksi terbaru daripada Ghaania bakal menjadi pilihan wanita yang suka bergaya dan kelihatan menarik.

Antara rekaan paling menonjol dalam koleksi itu adalah gaun panjang yang dihasilkan daripada kain sarat labuci sehingga ia kelihatan seperti perak cair menyelaputi tubuh dan menjadikan penampilan seakan-akan puteri.

Biarpun banyak menampilkan gaya berani, koleksi berkenaan turut menyelitkan gaya rekaan minimalis khusus buat mereka yang gemarkan fesyen berkenaan, tetapi tetap kelihatan anggun dan cantik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:01 AM