KEADAAN blok kelas yang terbakar. FOTO Rosli Ilham
KEADAAN blok kelas yang terbakar. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham

Dungun: Satu blok kelas di Hotel UiTM Kampus Sura Hujung, di sini, musnah dalam kebakaran, 7 malam tadi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amti Mohamad berkata, 10 anggota bomba bersama jentera bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati api sedang marak membakar keseluruhan bangunan papan terbabit.

"Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan terbabit serta peralatan pembelajaran di dalamnya,"katanya.

Amri berkata, ketika kejadian kesemua penuntut sedang berada di asrama masing-masing untuk berbuka puasa.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini anggota kami sedang berusaha memadam kebakaran itu.

"Jumlah serta punca kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 8:36 PM