Oleh Alias Abd Rani dan Raja Noraina Raja Rahim

Jelebu: Seramai 98,688 peneroka FELDA akan menerima RM900 wang dividen dan duit raya yang akan dibayar pada 13 Julai depan.

Pembayaran itu meliputi RM600 dividen dan RM300 duit raya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8.8 juta.

Bagaimanapun, 13,947 peneroka yang tidak bersama FELDA iaitu mereka yang tidak menanam semula bersama FELDA atau tidak menghantar hasil ladang ke FELDA, berurusniaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman FELDA tidak mendapat dividen dan duit raya berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pemberian dividen FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) itu adalah termasuk dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham.

"Saya berharap pemberian duit raya ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal," katanya mengumumkan pemberian durian runtuh itu pada Program Ihya Rahmat Ramadan di FELDA Pasoh 1, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 7:16 PM