In this
In this
Gambar Sakari Momoi (kanan) pada  20 Ogos 2014 ketika menerima sijil sebagai lelaki tertua dunia. - Foto  AFP
Gambar Sakari Momoi (kanan) pada 20 Ogos 2014 ketika menerima sijil sebagai lelaki tertua dunia. - Foto AFP

Tokyo: Pesara guru dari Jepun yang diisytiharkan lelaki tertua dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Hari ini, media Jepun melaporkan lelaki itu, Sakari Momoi meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang di rumah jagaan orang tua di Tokyo selepas kesihatannya merosot teruk sejak dua minggu lalu.

Momoi dilahirkan pada 5 Februari 1903 di wilayah Fukushima dan bekerja sebagai guru. Dia kemudian berpindah ke Saitama di utara Tokyo untuk menjadi pengetua sekolah tinggi sehingga bersara.

Momoi disahkan Guinness World Records sebagai lelaki tertua pada Ogis 2014 ketika dia berusia 111.

Seorang lagi lelaki Jepun, Yasutaro Koide dari Nagoya yang berusia 112 tahun (muda beberapa bulan daripada Momoi) kini menggantikan Momoi sebagai lelaki tertua dunia.

Manusia tertua dunia mengikut Guinness World Records ialah wanita Amerika Syarikat, Susannah Mushatt Jones, berusia 116 tahun dari Brooklyn, New York. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 4:25 PM