Yasutaro Koide yang berusia 112 tahun dari Nagoya, Jepun, diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Records sebagai lelaki tertua dunia hari ini. - Foto  AFP
Yasutaro Koide yang berusia 112 tahun dari Nagoya, Jepun, diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Records sebagai lelaki tertua dunia hari ini. - Foto AFP

Tokyo: Guinness World Records secara rasmi mengiktiraf rakyat Jepun berusia 112 tahun sebagai lelaki tertua dunia.

Yasutaro Koide yang tinggal di Nagoya, tengah Jepun, menerima pengiktirafan rasmi itu hari ini.

Koide dilahirkan pada 13 Mac 1903 dan bekerja sebagai tukang jahit. Dia menjadi lelaki tertua dunia selepas kematian Sakari Momoi dari Tokyo pada Julai lalu, ketika lelaki itu berusia 112 tahun.

Menurut Yasutaro, dia tidak minum minuman keras atau merokok dan makanan kegemarannya ialah roti.

Lelaki itu masih boleh membaca akhbar tanpa menggunakan kaca mata. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 8:54 PM