UMENO Sumiyama dan Koume Kodama diiktiraf kembar seiras tertua dunia.  FOTO Guinness World Records
UMENO Sumiyama dan Koume Kodama diiktiraf kembar seiras tertua dunia. FOTO Guinness World Records
Agensi

Tokyo: Kembar perempuan di Jepun yang lahir pada 1913 diiktiraf kembar seiras tertua di dunia oleh Guinness World Records.

Umeno Sumiyama dan pasangan kembarnya Koume Kodama direkodkan berusia 107 tahun 300 hari.

Kedua-duanya yang dilahirkan di Pulau Shodo, Wilayah Kagawa pada 5 November 1913 diiktiraf kembar seiras tertua pada 1 September lalu.

Mereka yang kini tinggal berasingan di pusat jagaan menerima sijil pengiktirafan berkenaan secara pos, berikutan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, rekod itu disandang warga Jepun, Kin Narita dan Gin Kanie. Namun, Kin Narita meninggal dunia pada 2000 ketika berusia 107 tahun 175 hari.

Dalam pada itu, pekerja pusat jagaan berkata, Sumiyama menangis terharu ketika menerima rekod terbabit, manakala Kodama yang ingatannya semakin merosot kurang memahami kepentingan rekod berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 7:00 AM