Tiga siswa tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan akhir Innovate Malaysia 2014 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Innovate Malaysia satu pertandingan reka bentuk yang dianjurkan TalentCorp Malaysia kepada siswa tahun akhir jurusan kejuruteraan dan sains komputer bagi menghasilkan inovasi dan aplikasi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:01 AM