KETUA Pegawai Eksekutif Gloria Jean’s Coffees, Fauzi Awang (dua dari kiri)  menunjukkan hidangan makanan sempena Ramadan.
KETUA Pegawai Eksekutif Gloria Jean’s Coffees, Fauzi Awang (dua dari kiri) menunjukkan hidangan makanan sempena Ramadan.

Subang: Gloria Jean’s Coffees Malaysia menawarkan promosi bufet berbuka puasa berkonsepkan tradisi Melayu dengan juadah pilihan lauk-pauk ayam, daging, seafood, sayur-sayuran dan banyak lagi menerusi promosi khas sajian bufet sepanjang bulan Ramadan ini.

Bufet khas itu menampilkan masakan Melayu termasuk siput sedut asmaradana, kambing Mak Usu dan kerabu mangga dengan hiasan suasana perayaan di setiap restoran yang terbabit seperti Subang Parade, Institut Jantung Negara (IJN), Dataran Maybank dan Setiawalk Mall Puchong.

Promosi berlangsung dari 18 Jun hingga 7 Julai 2015 (Isnin hingga Jumaat) berharga RM45 untuk dewasa manakala RM22 bagi kanak-kanak. Selain itu, Gloria Jean’s Coffees menawarkan GJC Hamper Khas Raya pada harga RM140, RM180 dan RM220.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 1:39 PM