Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel hari ini mengumumkan penggantungan keahlian 15 pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S Subramaniam selama setahun.

Melalui kenyataan media Palanivel berkata, tindakan berkenaan berdasarkan Artikel 61.1 Perlembagaan MIC yang membenarkan keputusan itu.

Turut digantung keahlian ialah Nab Presiden Datuk M Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Selain itu Datuk Seri S K Devamany, N Rawisandran, Datuk R Ganesan, Datuk M Davendran Datuk KRA Naidu, Datuk V M Panjamothy, P Manivasagam, S Ananthan, M Mathuraiveran, Datuk M Asojan, P Shanmugan, Mohana Muniandy dan K R Parthiban

€œArtikel 13.2 perlembagaan parti menyebut bahawa mereka tidak berhak melakukan apa saja yang dibenarkan sebagai ahli parti berdasarkan Artikel 13.1, 13.1.1, 13.1.2, 13.1.3 dan 13.1.4,€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 5:16 PM