Watak Smurfette akan guna suara Lovato (gambar kecil), manakala Asbury pengarah Get Smurfy. FOTO ihsan  NSTP dan Sony Pictures Entertainment
Watak Smurfette akan guna suara Lovato (gambar kecil), manakala Asbury pengarah Get Smurfy. FOTO ihsan NSTP dan Sony Pictures Entertainment
Mexico

Sony Pictures Animation mengumumkan penyanyi Let It Go, Demi Lovato, 22, sebagai pelakon baru untuk suara watak Smurfette dalam filem animasi Smurfs terbaru, Get Smurfy.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media bersama pengarah filem berkenaan Kelly Asbury sempena minggu Summer Of Sony Pictures 2015, di Cancun, semalam.

Turut diumumkan ialah dua lagi bintang iaitu pelakon komedi terkenal Rainn Wilson sebagai watak antagonis Gagamel, manakala pemenang Emmy Awards Mandy Patinkin sebagai Papa Smurfs.

Get Smurfy akan menemui penonton di seluruh dunia pada Mac 2017.

Dalam The Smurfs pada 2011 dan The Smurfs 2 (2013), watak Smurfette menggunakan suara Katy Perry manakala Papa Smurfs menggunakan suara Jonathan Winters.

Hank Azaria pula membawa watak Gagamel selain turut menampilkan lakonan Neil Patrick Harris dan Jayma Mays.

Ia diarahkan Raja Gosnell.

Asbury berkata, berbanding The Smurfs dan The Smurfs 2, Get Smurfy tampil berbeza mengunakan teknik animasi komputer sepenuhnya.

"Semua watak Smurfs juga dibuat kembali supaya sama seperti watak asal ciptaan pelukis komik Belgium Peyo Culliford pada 1958," katanya.

Sementara itu, penerbitnya, Jordan Kernan berkata, pendekatan berbeza itu penting kerana ia menyaksikan mereka kembali kepada Smurfs yang asal ciptaan Peyo.

"Saya harap ia bukan saja disukai peminat fanatik Smurfs tetapi penonton di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 11:59 AM