Dua rumah yang terbakar di Jalan Gombak Batu 4, Kampung Sungai Merali, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Dua rumah yang terbakar di Jalan Gombak Batu 4, Kampung Sungai Merali, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Gombak Batu 4, Kampung Sungai Merali, di sini, 8 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, api turut merebak dan mengenai bumbung dua lagi rumah namun api berjaya dikawal anggota bomba yang tiba pada 8.11 pagi.

"Kebakaran berjaya dikawal jam 8.18 pagi dan tiada yang dilaporkan cedera," katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Menurut Azizan, punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan bahagian forensik bomba Kuala Lumpur.

Katanya, seramai 41 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Hang Tuah, Sentul dan Setapak ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 10:15 AM