PADANAN langsir fabrik nipis dan tebal boleh disesuaikan dengan bajet anda.
PADANAN langsir fabrik nipis dan tebal boleh disesuaikan dengan bajet anda.
FABRIK langsir putih juga tampil eksklusif apabila dibantu elemen hiasan di sekitarnya.
FABRIK langsir putih juga tampil eksklusif apabila dibantu elemen hiasan di sekitarnya.
PENGGUNAAN kertas dinding turut dicadangkan untuk melahirkan kombinasi menarik pada fabrik langsir.
PENGGUNAAN kertas dinding turut dicadangkan untuk melahirkan kombinasi menarik pada fabrik langsir.
WARNA merah jambu ini lebih sesuai untuk langsir bilik anak perempuan.
WARNA merah jambu ini lebih sesuai untuk langsir bilik anak perempuan.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Berada dalam suasana atau persekitaran lebih segar dan selesa menjadikan permulaan tahun baru lebih memberikan makna buat anda seisi keluarga.

Tidak mahu membazir dek dekorasi sedia ada masih menarik, memerlukan perancangan teliti dilakukan supaya keinginan menzahirkan penataan berbeza dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Terpanggil untuk berkongsi beberapa panduan merealisasikan dekorasi berhemat, tetapi selesa untuk permulaan 2015, idea Lentera Creative Home sering dinantikan.

Menurut Pengarah Urusannya, Amran Azahar, dalam apa keadaan dan tentunya semua sudah maklum bahawa merancang penataan hebat pada segenap ruang perlu dilakukan seteliti mungkin.

"Bajet langsir berpatutan amat penting tidak kira samaada anda masih bujang atau sudah berkahwin.

"Dapatkan reka bentuk langsir yang ringkas, tetapi masih dalam peruntukan bajet," kata pakar hiasan dalaman itu.

Amran berkata lang­kah paling penting adalah mengambil ukuran ting­kap dan pintu gelongsor terlebih dulu untuk memudahkan anda mendapatkan sebut harga apabila berkunjung ke kedai atau ruang pameran langsir.

Jika ke kedai langsir atau ruang pameran, cari fabrik yang mengikut pilihan dan cita rasa anda dan padankan harga supaya kena dengan bajet yang anda sudah tentukan.

"Anda boleh berjimat dari segi pemilihan material fabrik seterusnya cari yang jenis tidak terlalu tebal atau bercorak.

"Pilih langsir ringkas seperti French pleat kerana rekaan lain yang rumit mungkin mahal sedikit dari segi upah jahit," katanya.

Perlu juga bagi anda yang ingin bajet berhemat supaya menggunakan pendekatan tidak menempah langsir panjang ke lantai atau dari siling ke lantai kerana ini menyebabkan banyak penggunaan kain dan harganya juga bertambah.

Tidak bermakna langsir yang kurang panjang atau mencecah lantai memberi gambaran dekorasi tidak menarik.

Segala idea tata hias sebenarnya bergantung kepada kreativiti, kesesuaian dan kepekaan anda sebenarnya.

"Letakkan aspek keselesaan anda seisi keluarga sebagai perkara paling utama tanpa perlu terikut dengan idea orang lain kerana setiap kediaman berbeza bajet dan dekorasinya," katanya.

Dekorasi bajet juga sempurna jika memilih kertas dinding dengan penelitian harga berpatutan pada dinding tumpu terutama ruang tamu.

"Impaknya benar-benar berbeza cuma perlu berhemah dari segi pemilihan kertas dinding itu sendiri kerana ditawarkan me­ngikut kualiti dan material.

Dia juga tidak menafikan konsep moden dan kontemporari antara yang turut popular untuk tahun ini.

"Memandangkan gaya penataanya lebih ringkas, elegan dan tampak eksklusif yang tentunya menambat hati generasi muda," katanya.

Penggunaan pakej lebih memenuhi bajet

Biasanya setiap kedai langsir atau ruang pameran hiasan dalaman menawarkan pelbagai pakej menarik berdasarkan bajet anda.

Hakikatnya ia lebih berbaloi kerana pakej lazimnya mengikut jenis kediaman, lebih murah.

Bagaimanapun, pemilihan fabrik sedikit terhad kerana ia sudah ditentukan dalam pakej.

"Malah pihak kami turut menawarkan anda pakej langsir menarik dengan penyediaan material berkualiti dan berbeza-beza," kata Amran.

Antara pakej ditawarkan apartmen dari RM599 hingga RM1,290, kondominium dari RM890 hingga RM1,890, teres setingkat dari RM990 hingga RM1,590, teres dua ting­kat dari RM1,190 hingga RM2,900 dan semi D dari RM2,390 hingga RM5,990.

Pada masa sama semua pakej bergantung kepada jenis fabrik, reka bentuk dan jumlah tingkap.

Berminat sila kunjungi Lentera Creative Home di No 15, Jalan DD 3A/1, Taman Dato Demang, Basco Business Centre, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Layari Facebook LenteraCreative Home atau laman web www.lenteraworld.blogspot.com untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 5:02 AM