AWAL dan Nor Hazimi bersama hidangan tradisional Pahang.
AWAL dan Nor Hazimi bersama hidangan tradisional Pahang.

Bagi pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, Restoran Dapur Koi adalah tempat makan yang wajib dikunjungi kerana mampu membuka selera sesiapa jua yang sukakan masakan kampung.

Awal berkata, sukar mendapatkan hidangan masakan kampung yang benar-benar menawan selera kerana biarpun banyak restoran menjual lauk-pauk kampung, keunikan juadah kampung di Restoran Dapur Koi memang sedap dan menyelerakan.

“Rasa masam, pedas dan manis gulai tempoyak ikan patin menaikkan selera sejurus dimakan bersama nasi panas. Hidangan menjadi lengkap dengan sambal tempoyak bilis petai, gulai tempoyak pucuk ubi terung pipit dan ayam kampung goreng.

“Namun saya lebih terpaut pada sambal tempoyak bilis petai. Keenakannya sukar diung­kap dengan kata-kata, boleh diratah begitu saja kalau tidak dimakan dengan nasi. Bilis gorengnya kekal rangup walaupun digaul dengan tempoyak dan petai pula melengkapkan rasa,” katanya.

Beliau berkata, memang berbaloi jika pelanggan dari ibu negara memandu jauh ke Kajang kerana masakan disediakan adalah asli dan tidak mengecewakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 5:02 AM