SEORANG lelaki mencukur rambut rakannya.
SEORANG lelaki mencukur rambut rakannya.
HANAN bersama suami dan dua anaknya menceritakan kisah silam ditawan tentera IS kepada CNN.
HANAN bersama suami dan dua anaknya menceritakan kisah silam ditawan tentera IS kepada CNN.
 MESKIPUN ribuan Yazidi ditangkap, masih ramai berjaya melarikan diri dan kebanyakannya berakhir di kem ini. Gema serangan udara boleh didengar kira-kira 30 kilometer.
MESKIPUN ribuan Yazidi ditangkap, masih ramai berjaya melarikan diri dan kebanyakannya berakhir di kem ini. Gema serangan udara boleh didengar kira-kira 30 kilometer.
KEM Shariya dibuka sejak enam bulan lalu dan kini mempunyai 4,000 khemah beralaskan tanah.
KEM Shariya dibuka sejak enam bulan lalu dan kini mempunyai 4,000 khemah beralaskan tanah.
KANAK-KANAK bermain dengan kotoran bersama permainan diperbuat daripada kadbod. Sesetengah mereka memanjat,
KANAK-KANAK bermain dengan kotoran bersama permainan diperbuat daripada kadbod. Sesetengah mereka memanjat,
Susunan Siti Salmiah A Hamid


Di dalam kanvas yang didirikan di kem pelarian Shariya, ribuan kaum Yazidi menjalani kehidupan. Di sana mereka mendengar pada jarak dekat barisan hadapan askar Kurdistan Iraq bertempur de­ngan militan Negara Islam (IS).

Sebahagian besar penghuni kem datang dari bandar Sinjar yang melarikan diri daripada serangan IS sejak Ogos tahun lalu. Tetapi tidak semua orang berjaya melarikan diri. Ribuan Yazidi menjadi tawanan.

Lelaki diberi dua pilihan, sama ada memeluk Islam atau ditembak. Tetapi militan IS memisahkan wanita muda dan gadis untuk dijual sebagai hamba seks.

Dalam edisi keempat Dabiq, majalah atas talian IS, satu artikel bertajuk ‘beberapa jam sebelum kebangkitan semula perhambaan’ menggariskan justifikasi dan garis panduan yang diputar belit kumpulan itu bagi perhambaan kalangan Yazidi.

“Seseorang perlu ingat dengan memperhambakan orang kafir itu dan menjadikan perempuan mereka sebagai gundik adalah aspek mantap dalam syariah,” dipetik daripada artikel itu.

Kami diberitahu, wanita yang baru melahirkan anak atau menyusu dianggap tidak suci dan tidak boleh dijadikan sebagai hamba seks tetapi Hanan, 19, sama sekali tiada kaitan dengan perkara di atas.

“Mereka memisahkan kami semua. Mereka mengheret kami jauh dengan rambut kami.

“Mereka mengambil wanita muda yang sudah berkahwin. Yang paling muda bersama kami baru berusia 10 tahun. Kami semua menangis.

“Kata mereka, kami akan berkahwin dengan mereka sehingga kami lupa pada keluarga,” katanya.

Gudang hamba seks

Pada minggu pertama, Hanan ditawan bersama 50 gadis lain, kerap dipukul, diancam dengan seksaan dan hanya semangkuk nasi untuk dimakan.

Kumpulan itu kemudian dibawa ke sebuah bangunan tiga tingkat di Mosul tetapi Hanan menggambarkannya sebagai gudang hamba seks kerana menempatkan ratusan kanak-kanak dan wanita yang ditawan.

“Kami akan beratur kira-kira 50 orang dalam 10 barisan pada satu-satu masa. Mereka akan kata jangan bergerak, jangan menangis atau kami akan pukul kamu.

“Orang lelaki akan datang dan menggambarkan ciri gadis kesukaan mereka. Kemudian, mereka akan memilih dan mengambil wanita muda itu sebagaimana yang mereka ingini,” katanya mengimbas kembali.

Hanan akhirnya terpilih yang juga sebahagian daripada 25 wanita. Daripada kumpulan itu, Hanan diasingkan dalam kumpulan yang lebih kecil dan dibawa ke sebuah rumah di dalam kampung.

Dua pejuang IS mengawal pintu dan mengarahkan gadis Yazidi untuk mandi dan membersihkan diri mereka sendiri.

“Mereka membawa masuk gadis Yazidi yang sudah bersama mereka selama dua bulan. Dia memakai niqab hitam. Pejuang itu berkata kepada kami, mereka akan buat kami sama seperti yang dilakukan pada gadis itu.

“Lalu gadis itu berkata kepada kami dalam bahasa Kurdish, mereka pukul, gari dan merogol dirinya,” kata Hanan.

Hanan dan gadis lain nekad untuk melarikan diri. Pada malam itu, mereka merangkak keluar dari tingkap bilik tidur.

“Gadis yang keempat berjaya melompat keluar manakala saya yang kelima. Saya merangkak ke dinding dan berkira-kira mahu melompat ke atasnya dan tiba-tiba saya melihat cahaya lampu suluh.

“Mereka menangkap dua gadis terakhir,” katanya.

Mereka melarikan diri dan entah bagaimana berjaya mengelak daripada ditangkap. Empat jam kemudian, mereka sudah keluar dari wilayah IS.

“Jika saya melihat seorang lelaki berjanggut saya akan ketakutan,” kata Hanan.

Meskipun secara fizikal Hanan sudah bebas tetapi mentalnya masih ditawan. Hanan tetap diseksa - seperti yang dialami orang lain. Dia sudah melalui penyeksaan itu dan masih bertahan dengan paksaan IS - nasib yang lebih buruk daripada kematian. -CNN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 1:01 PM