1). LANGKAH pertama, sentuh kaki ke depan secara bergilir-gilir iaitu kaki kanan diikuti kaki kiri.
1). LANGKAH pertama, sentuh kaki ke depan secara bergilir-gilir iaitu kaki kanan diikuti kaki kiri.
2). LANGKAH kedua, sentuh kaki ke sesi sambil tangan dihayun.
2). LANGKAH kedua, sentuh kaki ke sesi sambil tangan dihayun.
3). SETERUSNYA, gerakan mambo ke depan.
3). SETERUSNYA, gerakan mambo ke depan.
4). LANGKAH keempat, squat iaitu rendahkan pinggul ke depan.
4). LANGKAH keempat, squat iaitu rendahkan pinggul ke depan.
5). KELIMA, silangkan kaki ke belakang.
5). KELIMA, silangkan kaki ke belakang.
6). LANGKAH keenam, seret kaki ke sisi kanan dan kiri.
6). LANGKAH keenam, seret kaki ke sisi kanan dan kiri.
7). TERAKHIR, langkah V iaitu bergerak membentuk gerakan huruf V.
7). TERAKHIR, langkah V iaitu bergerak membentuk gerakan huruf V.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Memilih jenis senaman yang digemari selain sesuai dengan diri bukan saja membantu untuk mencapai tahap kesihatan diimpikan, malah pada masa sama menimbulkan kegembiraan dan semangat bersenam.

Diiringi lagu pilihan, ia jelas antara kaedah bagi menaikkan semangat ketika bersenam secara menari bersama rakan atau dilakukan berseorangan.

Keseronokan pasti dirasai saat pergerakan dilakukan mengikut irama lagu yang menambahkan lagi minat untuk terus bersenam secara konsisten.

Menurut jurulatih kecergasan bertauliah D’Fana Fitnez Nurina Muhammad, terdapat pelbagai jenis senaman seperti mengangkat bebanan di gimnasium, aerobik, tarian atau senaman berasaskan seni mempertahankan diri.

Semua jenis senaman itu membantu untuk menggerakkan otot tubuh dan meningkatkan tahap kecergasan diri supaya sentiasa sihat dan tidak mudah lesu.

“Namun, kebanyakan wanita memilih senaman tarian yang jelas lebih menarik dan menghiburkan kerana ia bukan saja memberi fokus kepada teknik senaman semata-mata, malah dapat melegakan tekanan melalui lagu pilihan.

“Antara jenis senaman tarian yang semakin diminati ialah senaman tarian ala Latin yang amat baik untuk meningkatkan stamina diri selain membentuk badan menarik,” katanya.

Menurutnya, senaman itu juga sesuai dilakukan untuk menguatkan sendi dan otot kerana pergerakannya yang menyeluruh serta tidak terlalu tertumpu kepada satu bahagian saja.

“Pemilihan lagu boleh dilakukan mengikut kemampuan diri. Dinasihatkan supaya tidak memilih lagu yang terlalu rancak bagi memastikan tidak terkejar-kejar atau tidak mampu melakukan teknik senaman yang betul me­ngikut rentak lagu.

“Ia boleh dilakukan sendiri asalkan sudah menerima ajaran daripada jurulatih bertauliah. Sejam sudah memadai untuk melakukan senaman ala Latin ini,” ujarnya.

Dimulakan dengan rutin pemanasan badan ringkas, senaman itu mampu melegakan tekanan dan amat menyeronokkan dengan tujuh langkah mudah.

Berikut Nurina berkongsi tujuh langkah mudah senaman ala Latin yang semakin diminati khususnya dalam kalangan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 11:58 AM