1. LANGKAH pertama, angkat dan pegang kayu menggunakan kedua-dua tangan ke bahagian dada dan bertahan dalam kiraan 10.
1. LANGKAH pertama, angkat dan pegang kayu menggunakan kedua-dua tangan ke bahagian dada dan bertahan dalam kiraan 10.
2. KEDUA, angkat menggunakan kedua-dua tangan ke bahagian atas dalam posisi badan tegak.
2. KEDUA, angkat menggunakan kedua-dua tangan ke bahagian atas dalam posisi badan tegak.
3. SETERUSNYA, angkat kayu ke posisi perut, tolak ke hadapan dan ke belakang. Lakukan dalam kiraan 10.
3. SETERUSNYA, angkat kayu ke posisi perut, tolak ke hadapan dan ke belakang. Lakukan dalam kiraan 10.
4. MENGGUNAKAN sebelah tangan saja, angkat kayu ke bahagian atas.
4. MENGGUNAKAN sebelah tangan saja, angkat kayu ke bahagian atas.
5. MASIH mengekalkan mengangkat kayu menggunakan sebelah tangan, tetapi badan dibongkokkan dan bertahan dalam kiraan 10.
5. MASIH mengekalkan mengangkat kayu menggunakan sebelah tangan, tetapi badan dibongkokkan dan bertahan dalam kiraan 10.
6. LAKUKAN teknik squad sambil kedua-dua tangan mengangkat kayu.
6. LAKUKAN teknik squad sambil kedua-dua tangan mengangkat kayu.
7. DALAM keadaan berbaring dan lutut dilipatkan dan kaki mencecah bawah, angkat kayu di atas bahagian perut.
7. DALAM keadaan berbaring dan lutut dilipatkan dan kaki mencecah bawah, angkat kayu di atas bahagian perut.
8. TEKNIK yang sama, namun kaki dibengkokkan ke bahagian atas.
8. TEKNIK yang sama, namun kaki dibengkokkan ke bahagian atas.
9. DALAM keadaan berbaring, angkat kedua-dua kaki lurus kebatas dan pemberat kayu juga diangkat pada masa sama.
9. DALAM keadaan berbaring, angkat kedua-dua kaki lurus kebatas dan pemberat kayu juga diangkat pada masa sama.
10. BERBARING lurus sambil kayu diangkat lurus ke atas dan kaki dilipat.
10. BERBARING lurus sambil kayu diangkat lurus ke atas dan kaki dilipat.
11. MASIH dalam keadaan berbaring, namun punggung hingga ke kaki diangkat hingga lutut mencecah muka sambil mengangkat kayu.
11. MASIH dalam keadaan berbaring, namun punggung hingga ke kaki diangkat hingga lutut mencecah muka sambil mengangkat kayu.
12.  LAKUKAN squad sekali lagi, namun dalam keadaan punggung lebih diturunkan sambil mengangkat kayu.
12. LAKUKAN squad sekali lagi, namun dalam keadaan punggung lebih diturunkan sambil mengangkat kayu.
13. MENGANGKAT kayu sambil kaki dihayun ke sebelah kiri.
13. MENGANGKAT kayu sambil kaki dihayun ke sebelah kiri.
14. TERAKHIR, lakukan langkah sama, namun kaki dihayun
14. TERAKHIR, lakukan langkah sama, namun kaki dihayun
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Memiliki sendi otot yang kuat serta struktur tubuh yang cantik menjadi idaman sesiapa saja kerana ia sedikit sebanyak melambangkan keperibadian wanita itu sama ada kerap bersenam atau sebaliknya.

Alasan klise yang sering diungkapkan seperti tiada masa, tidak tahu bersenam serta tidak mempunyai peralatan yang mencukupi nyata tidak boleh diterima akal disebabkan peredaran zaman kini yang membantu semuanya boleh dilakukan dengan mudah.

Untuk tampil sihat dan cantik, tidak semestinya individu itu perlu meluangkan masa terlalu lama di pusat kecergasan selain menggunakan peralatan khas kerana realitinya senaman boleh dilakukan di mana-mana asalkan ada keinginan serta semangat.

Menurut jurulatih kecergasan bertauliah Nurina Mohamad, senaman menggunakan pemberat seperti kayu antara senaman yang amat baik untuk otot.

“Menggunakan kayu padu berbentuk silinder dan berat antara satu setengah kilogram (kg) serta panjang tiga kaki sebagai pemberat, sesiapa saja boleh melakukannya asalkan mempunyai pengetahuan mengenai senaman itu.

“Kayu sebagai penambah rintangan ketika melakukan senaman selain mempelbagaikan jenis senaman untuk otot,” katanya.

Nurina berkata, pelbagai faedah yang diperoleh melalui senaman itu antaranya dapat memantapkan otot sekiranya dilakukan secara teratur dan cara yang betul.

“Ia juga dapat menguatkan sendi dan otot dan pada masa sama memperbaiki struktur tubuh ketika berdiri dan duduk.

“Senaman menggunakan pemberat kayu ini juga dapat memperbaiki kesimbangan tubuh dan mampu mengurangkan kesakitan pada sendi juga otot terutama buat wanita yang semakin meningkat usia,” ujarnya.

Nurina berkongsi langkah tepat melakukan senaman otot menggunakan pemberat kayu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:01 AM