Jakarta: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla memberitahu, beliau masih belum berbincang dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengenai pengganti Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko (gambar).

Katanya, perkara itu masih belum dibincangkan kerana Moeldoko masih belum bersara dalam tempoh terdekat.

“Masih ada beberapa bulan lagi sebelum Moeldoko bersara dan tidak perlu lagi berbincang soal pengganti,” katanya.

Katanya, nama yang bakal menggantikan Moeldoko akan dibincangkan bersama Jokowi.

“Namanya masih tidak boleh didedahkan dan biarkan presiden yang mengumumkan nanti,” jelasnya.

Moeldoko akan bersara pada 1 Ogos 2015.

Beliau dilantik menjadi panglima TNI sejak 30 Ogos 2013 bagi menggantikan Laksamana Agus Suhartono.

Anak kelahiran Kediri, Jawa Timur itu juga pernah menjawat jawatan Wakil Gabenor Lemhannas pada 2011. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 12:33 PM