Masih bujang dan mencari teman? Anda mungkin boleh mencuba aplikasi LunchClick yang dibangunkan Lunch Actually Group,

Aplikasi terbabit berhasrat menemukan lelaki dan wanita bujang namun dengan saringan tertentu bagi mengelakkan sebarang penipuan.

LunchClick dikatakan aplikasi pertama di Asia yang manawarkan calon padanan yang berkualiti, temujanji muka ke muka serta mengambil kira maklum balas pengguna.

Memandangkan Lunch­Click platform yang benar-benar serius untuk mencari jodoh, setiap pengguna akan ditapi dan cuma satu padanan atau calon akan dihantar kepada pengguna setiap hari.

Aplikasi LunchClick ditawarkan secara percuma kepada pengguna Android dan iOS namun ciri seperti Love Assistant yang boleh membantu pengguna yang sukar berkomunikasi dikenakan bayaran sebanyak RM99.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 1:53 PM