POKEMON Go menjadi fenomena di seluruh dunia. FOTO arkib NSTP
POKEMON Go menjadi fenomena di seluruh dunia. FOTO arkib NSTP
AP

Las Vegas (Amerika Syarikat): Apple mengakhiri 2016 dengan 2.2 juta aplikasi dalam Apple App Store iaitu peningkatan 20 peratus berbanding 2015.

Menurut Apple, Pokemon Go aplikasi paling popular bagi 2016.

Katanya, jumlah muat turun bagi Pokemon Go paling tinggi ketika musim panas dengan ramai berkeliaran di beberapa lokasi mencari dan 'menangkap' watak Pokemon menerusi antara muka realiti tambahan.

Di Malaysia, aplikasi itu boleh dimuat turun secara rasminya di negara ini pada Ogos lalu.

Aplikasi popular lain termasuk aplikasi bersenam, Sweat With Kayla dan aplikasi lukisan dan lakaran, Procreate.

Sementara itu, Apple berkata, penggunanya membeli paling banyak aplikasi setakat ini pada 1 Januari lalu dengan perbelanjaan hampir $240 juta (RM1.076 bilion) dalam pasaran digital itu.

Aplikasi Super Mario Run keluaran Nintendo paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada Hari Krismas dan Tahun Baru. Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun tetapi pengguna perlu membayar $10 (RM44.85) untuk bermain versi sepeunuhnya.

Apple mengumumkan pencapaian ini di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas walaupun tidak berada di situ secara rasmi.

Berita berkaitan:

Pokemon Go mengasyikkan

Pokemon terbang ke bumbung rumah saya

Permainan bermusim? [METROTV]

Demam Pokemon GO!

Bertumbuk kerana Pokemon

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 6:37 AM