Solat adalah tiang agama. Solat fardu diwajibkan ke atas setiap Muslim yang baligh dan berakal sebanyak lima kali sehari. Cara solat yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah berkenaan diterima Allah.

Buku ini menyediakan panduan lengkap dan khusus bagi ibadah solat termasuk persiapan sebelum solat seperti berwuduk dengan sempurna, pergerakan dan bacaan.

Selain itu, buku ini juga dilengkapi dengan bacaan zikir dan doa selepas solat. Cara solat berjemaah, orang sakit, jamak dan qasar selain solat sunat turut dijelaskan di dalam buku ini.

Ia diharap dapat memberi manfaat yang maksimum kepada pembaca. Ilustrasi warna dan berinformasi mampu menjana pemahaman yang lebih mendalam mengenai solat.

INFO:

Tajuk: Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim

Penerbit: Darul Mughni Trading

Susunan: Enang Supriatna dan Asyiffa Nur

Penterjemah: Haslinda Hashim

Harga: RM22.90

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 5:00 AM